Monday, August 12, 2013

Selawat Adnan

Kemarin tengok rancangan 30 min Ustaz Don Mai Lah Raya bersiaran dari Sekolah Henry Gurney Teluk Mas, Melaka.

Apa yang menarik ustaz don berpesan agar kita sentiasa besarkan selawat ke atas junjungan kasih Nabi Muhammad S.A.W. Kelebihan selawat ramai yg mengetahuinya iaitu agar kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.

Jelas beliau lagi, jika kita berselawat sekali, Allah akan berselawat pada kita 10x. Betapa hebat dan besarnya fadhilat selawat ni.

Namun pelbagai jenis selawat qasidah memuji nabi sejak dari zaman tok nenek kita lagi. Namun selawat Adnani ada kelebihan tersendiri jika kita hayati maknanya. Adnan ini merujuk kepada Datuk rasullullah s.a.w yang ke 20. Ujarnya lagi selawat adnan ni kurang diperdengarkan pada zaman kini. Ianya dulu popular pada zaman atuk nenek kita di kampong ketika berzanji dan majlis 2 tertentu. Masyarakat atau anak2 harini lebih popular dengan qasidah Yahana na.

Namun pelajar2 di Henry Gurney boleh menyambung selawat Adnan ini sehingga habis ketika Ustaz Don mengalunkannya. Beliau sungguh berbangga kerana pelajar2 ini didedahkan dengan selawat ini.

p/s: Alhamdulillah saya pun biasa dengar dan boleh hafal lagi. :)

Mari kita hayati makna selawat Adnan

SELAWAT ADNANIYYAH

(BANI ADNAN)


صلى عليك الله يا عدنان

Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)

يا مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih


الحمد لله الذي أعطاني 
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku 


هذا الغلام الطيب الأردان 
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya


قد ساد فى المهد على الغلمان 
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain 


أعيذه بالبيت ذي الأركان 
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan (melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)


حتى أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat 


أنت الذي سمية في القرآن 
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran


أحمد مكتوب على الجنان 
Ahmad yang tertulis di langit


صلى عليك الله في الأحيان 
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan 


أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)


حقا على الإسلام والإيمان 
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman 


يا ربنا بالمصطفى العدنان 
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan 


اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini Ya Allah


sumber
 

0 comments:

Post a Comment