Tuesday, March 25, 2014

Mealshakes yummy..

Mari kita tengok KEBAIKAN mealshakes



>> Mealshakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. 

>> Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.

>> Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

>> Pilihan protein soya terbaik untuk si manja anda.

>> Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 


>>Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added.

Siapa yang perlukan Meal Shakes ni...



Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, picky eater, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]

 Ibu mengandung – untuk kekal cergas dan bertenaga…

 Ibu yang menyusukan anak – mealshake membekalkan vitamin dan mineral penting yg diperlukan badan…

 Wanita yg idamkan kulit cantik.. glowing… dan berseri – mealshake mengandungi vitamin antioksidan (Vitamin A, C dan E) lelaki pun boleh minum juga.

 Anda yang sering skip sarapan - makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic, mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta kaya dengan sumber kalsium dan protein..

 Pesakit yg baru lepas pembedahan – mengandungi zinc yg membantu dalam proses cepat baik luka pembedahan…

 Seisi keluarga – untuk kesihatan secara menyeluruh…


Hana Syed
Independent Shaklee Distributor
Shaklee ID: 852746
Contact: 012 649 3489

Sunday, February 16, 2014

PCOS


















Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.

  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
  •                   
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.

Antara tanda utama PCOS termasuklah 
  • tiada ovulasi
  • ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan 
  • berat badan yang berlebihan

  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.

  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    1. Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    2. Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    3. Polycystic Ovari

  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.  
  •                  
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Wednesday, January 1, 2014

Tazkirah: zikir dan manusia ibarat ikan dan air

- zikir dan manusia  ibarat ikan dan air. Mna mungkin terpisah

Zikir ada 3 peringkat
1.Zikir terbesar - yg terdapat dalam alQuran
2. Selawat ke atas rasulullah - memberi salam kepada rasulullah. Bertuah klu rasul jawab
3. Zikir yang lain
- eg SubhanaAllah
- istigfar

Amalan 3 in 1
-bersolat sempurna zikirnya kpd Allah
 
Dalam tazkirah yg diberi oleh Datuk Noh Gadut.

Tuesday, December 31, 2013

Telekung Siti Khadijah (SK)

Last weekend aku cuti panjang. Tujuan turun KL nk jumpa ayahku, ziarah anak buah dan shopping.

My first pandora
Aku gagahkan pujuk suami aku untuk membeli pandora di KL. Sebab johor xde pandora. Konon aku budget dalam rm500.

So 1st day aku mmg da planning ngan Mak jang nk pergi siti khadijah kat shah alam nk beli telekung.

So makcik aku grab 2 pasang telekung dgan handsock 3pasang. Kira habis dekat rm520+. Aku x ingt exactly amount.

Aku grab juga satu telekung. Aku punya tlekung shja tanpa kain rm195. Quite pricy tp sangat berbaloi. Sebelum ni aku penah pakai SK Basic. Yg tu beli online je. Mmg sangat selesa. Cotton yg sgt selesa dan jahitan yg sangat kemas. So utk kli ke2 aku mmg niat nk beli kat butik nk try sendiri. Mkcik aku tu 1st time pinjm aku punya terus nk bli jg. Lgpun aku bli ni utk preparation untuk umrah nnti.
Bentuk muka dan kepala dia paling best kemas dan selesa sangat.


Aku pilih patern klasik. Aku x suka modern style sbb renda kt kpla tu. Utk more info korang blh terjah website dia.
Paper beg dia simple je. Putih cam gini je. Kesimpulannya aku habis kat sini rm285. Aku amik hand sock 1 ngan inner 1. 

Dari shah alam nk juga cari pandora singgah kat one utama. Kdai tersorok rupenya duk kat dalam TANG. Kecik je pandora dia mcm booth je.

Hajat x smpai sebab size aku nk bracelet 21cm hbis. Mkcik aku lak beria test cincin bagai. Dah nk beli dah nasib size xde. Kiranya pandora TANG ni banyak barang xde. Dia suh pi kat tropicana city mall plak dah. Kat situ Pandora terbesar katanya.

So balik rmh mkcik aku terus kt sungai buloh. Mission accomplish.

Tanda-tanda kiamat yg ke18


1. Makin ramai penulis buku di akhir zaman
- taraf negara maju di ambil kira apabila penerbitan buku diterbitkan sebanyak 10% daripada populasi penduduk sesebuah negara dalam tempoh setahun.
- ini mcam kpi utk mndapat taraf negara maju.
- sbg contoh Malaysia ada 27juta pnduduk, maka buku yang perlu diterbitkan adalah sebanyak 27000 setahun. Utk 2013 Malaysia blum berjaya lg. Setakat ini hanya 20000 je yg brjya diterbitan. So kerajaan ada bg peruntukkan kepada penerbit buku utk mncapai KPI ini.

Wlpn banyak penulis bagai cendawan  lepas hujan, namun ianya tidak berlandaskan sunnah dan al-quran

Lalai dalam melaksanakan ibadah sunnah. Pergi masjid tetapi tidak menunaikan solat sblum duduk ( tahayatul masjid). Mnjadikan masjid sebagai tmpat persinggahan, shorcut seperti tmpat meletak kereta, tumpang tandas dll. Ini tanda akhir kiamat.

So selepas ini beringat klu lalu masjid pastikan kita menghormati masjid, solat sunat atau fardhu di masjid. Marilah bersama beringat kiamat sudah dekat.

Saturday, December 21, 2013

Buku-buku ini telah menjadi menjadi bahan bacaan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam ketika usia beliau 8 tahun. In sha Allah Hana akan usaha untuk mendapatkan buku ini untuk bacaan sendiri dan anak2 akan datang.

Saya sedut gambar dan tulisan ini daripada fb Nur Azlina with Ahmad Ammar and 3 others

Inilah bahan2 bacaan yg telah saya sebutkan dalam sesi2 perkongsian berkaitan buku bersiri yg telah dibelikan untuk anakanda Ahmad Ammar pada usia sekitar 8-9 tahun. Mudah2an dapat dimanfaatkan.

SIRI TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM
Terbitan : Dewan Bahasa & Pustaka
Penterjemah: 
Siri 1-20 : Abdul Karim Mustafa (Terbitan 1998)
Siri 21-33 : Mohd Fakhrudin Abd Mukti &
Mohd Fauzi Jumingan(Terbitan 2002)

1. Ibnu’N-Nafis (Penemu Sistem Peredaran Darah)
2. Ibnu’l Haitham (Pakar Optometris)
3. Al-Biruni (Ahli Geologi & Astronomi)
4. Jabir bin Hayyan (Ahli Kimia)
5. Ibnu’l-Baitar (Ahli Botani)
6. Ibn Battutah (Pengembara Islam)
7. Ibn Sina (Pakar Perubatan)
8. Al-Farabi (Ahli Falsafah Islam)
9. Al-Khawarizmi (Ahli Matematik)
10. Al-Idrisi (Ahli Geografi)
11. Ad-Dumairi (Pakar Haiwan)
12. Ibn Rusyd (Ahli Falsafah)
13. Ibn Majid (Pelaya “Singa Laut”)
14. Al-Qazwini (Ahli Geologi)
15. Ibn Yunus (Ahli Kaji Cuaca)
16. Al-Khazin (Ahli Fizik)
17. Al-Jahiz (Pakar Haiwan)
18. Ibn Khaldun (Ahli Sosiologi)
19. Az-Zahrawi (tiada dalam simpanan)
20. Al-Antaki (Ahli Farmasi)
21. Ibnu’l Awwam (Tokoh Pertanian)
22. At-Tusi (Pengasas Ilmu Trigonometri)
23. Al-Kashi (Perintis Ilmu Pecahan)
24. Al-Wazzan (Penulis Ensaiklopedia Afrika)
25. Ibnu’r-Razzaz (Tokoh Kejuruteraan Arab)
26. Taqiyyuddin (Tokoh Teknologi Kejuruteraan)
27. Ar-Razi (Perintis Perubatan Moden)
28. Al-Kindi (Tokoh Muzik Arab)
29. Al-Khalil (Tokoh Perkamusan Arab)
30. Ibn Hamzah (Perintis Ilmu Logaritma)
31. Az-Zarnuji (Tokoh Pendidikan & Pedagogi)
32. Yuhana bin Masawayh (Pakar Batu Permata)
33. Yaqut Al-Hamawi (Tokoh Ensaiklopedia Geografi)

Monday, November 18, 2013

Merokok Haram ke??