Thursday, October 24, 2013

Anda mungkin SLE??

RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.
oleh:Dr Zubaidi Hj Ahmad


Aku juga antara pesakit SLE. Alhamdulillah dapat kesan awal. Tapi masih dalam tempoh beringat. It can be anytime.

Lanjutan SLE

 

Wednesday, October 16, 2013

CARA MENGGUNAKAN CUKA KURMA DAN EPAL

Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.

Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid (CH3COOH) dan air.
cuka kurma


Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol dan karbon dioksida.

Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.

Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.

Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia boleh digunakan sebagai bahan perapan daging, supaya daging menjadi tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga membuatkan daging menjadi lebih lembut dan sedap apabila dimasak.

Sebelum wujudnya perubatan moden, cuka asli yang dibuat dari buah kurma dan epal digunakan sebagai ubat-ubatan.
Cuka Epal cap Heinz RM6.90 botol kecil



Oleh kerana belum ada kajian yang saintifik, maka pesakit gastrik haruslah berhati-hati menggunakannya. Ini disebabkan pengeluar cuka kurma dan epal tidak menetapkan standard pH dalam produk mereka dan kandungan alkohol dalam produk mereka.


Saya mencadangkan penggunaan seperti berikut:

Campurkan 1-2 suduteh cuka kurma atau epal dalam segelas air suam (bagi mengurangkan kepekatan asid cuka). Ia boleh diminum dengan menambahkan satu sudu madu asli ke dalam air tersebut. Boleh diambil waktu pagi dan malam.


Ia tidak sesuai untuk semua orang. Mereka yang mengalami penyakit gastrik dan diabetes harus berhati-hati. Jika mengalami kesan perut kembung atau lemah badan, segeralah berjumpa doktor bagi pemeriksaan selanjutnya.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”

Wa allahu a’lam. 
Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT 

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrol dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. 

2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya. 

3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari. 

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor. 
Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
------------------------------------------------------------------------------
Hana suka baca tips yang dikongsi oleh Dr Zubaidi. Dan tujuan copy ke blog ni adalah rujukan utk Hana sendiri. Mungkin ianya bermanfaat utk pembaca yg lain juga.