Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.
Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid (CH3COOH) dan air.
cuka kurma |
Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol dan karbon dioksida.
Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.
Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.
Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia boleh digunakan sebagai bahan perapan daging, supaya daging menjadi tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga membuatkan daging menjadi lebih lembut dan sedap apabila dimasak.
Sebelum wujudnya perubatan moden, cuka asli yang dibuat dari buah kurma dan epal digunakan sebagai ubat-ubatan.
Cuka Epal cap Heinz RM6.90 botol kecil |
Oleh kerana belum ada kajian yang saintifik, maka pesakit gastrik haruslah berhati-hati menggunakannya. Ini disebabkan pengeluar cuka kurma dan epal tidak menetapkan standard pH dalam produk mereka dan kandungan alkohol dalam produk mereka.
Saya mencadangkan penggunaan seperti berikut:
Campurkan 1-2 suduteh cuka kurma atau epal dalam segelas air suam (bagi mengurangkan kepekatan asid cuka). Ia boleh diminum dengan menambahkan satu sudu madu asli ke dalam air tersebut. Boleh diambil waktu pagi dan malam.
Ia tidak sesuai untuk semua orang. Mereka yang mengalami penyakit gastrik dan diabetes harus berhati-hati. Jika mengalami kesan perut kembung atau lemah badan, segeralah berjumpa doktor bagi pemeriksaan selanjutnya.
Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”
Wa allahu a’lam.
Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
Posted in Cara Guna Epal Cider
CARA MENGGUNAKAN CUKA KURMA DAN EPAL