Tuesday, December 31, 2013

Telekung Siti Khadijah (SK)

Last weekend aku cuti panjang. Tujuan turun KL nk jumpa ayahku, ziarah anak buah dan shopping.

My first pandora
Aku gagahkan pujuk suami aku untuk membeli pandora di KL. Sebab johor xde pandora. Konon aku budget dalam rm500.

So 1st day aku mmg da planning ngan Mak jang nk pergi siti khadijah kat shah alam nk beli telekung.

So makcik aku grab 2 pasang telekung dgan handsock 3pasang. Kira habis dekat rm520+. Aku x ingt exactly amount.

Aku grab juga satu telekung. Aku punya tlekung shja tanpa kain rm195. Quite pricy tp sangat berbaloi. Sebelum ni aku penah pakai SK Basic. Yg tu beli online je. Mmg sangat selesa. Cotton yg sgt selesa dan jahitan yg sangat kemas. So utk kli ke2 aku mmg niat nk beli kat butik nk try sendiri. Mkcik aku tu 1st time pinjm aku punya terus nk bli jg. Lgpun aku bli ni utk preparation untuk umrah nnti.
Bentuk muka dan kepala dia paling best kemas dan selesa sangat.


Aku pilih patern klasik. Aku x suka modern style sbb renda kt kpla tu. Utk more info korang blh terjah website dia.
Paper beg dia simple je. Putih cam gini je. Kesimpulannya aku habis kat sini rm285. Aku amik hand sock 1 ngan inner 1. 

Dari shah alam nk juga cari pandora singgah kat one utama. Kdai tersorok rupenya duk kat dalam TANG. Kecik je pandora dia mcm booth je.

Hajat x smpai sebab size aku nk bracelet 21cm hbis. Mkcik aku lak beria test cincin bagai. Dah nk beli dah nasib size xde. Kiranya pandora TANG ni banyak barang xde. Dia suh pi kat tropicana city mall plak dah. Kat situ Pandora terbesar katanya.

So balik rmh mkcik aku terus kt sungai buloh. Mission accomplish.

Tanda-tanda kiamat yg ke18


1. Makin ramai penulis buku di akhir zaman
- taraf negara maju di ambil kira apabila penerbitan buku diterbitkan sebanyak 10% daripada populasi penduduk sesebuah negara dalam tempoh setahun.
- ini mcam kpi utk mndapat taraf negara maju.
- sbg contoh Malaysia ada 27juta pnduduk, maka buku yang perlu diterbitkan adalah sebanyak 27000 setahun. Utk 2013 Malaysia blum berjaya lg. Setakat ini hanya 20000 je yg brjya diterbitan. So kerajaan ada bg peruntukkan kepada penerbit buku utk mncapai KPI ini.

Wlpn banyak penulis bagai cendawan  lepas hujan, namun ianya tidak berlandaskan sunnah dan al-quran

Lalai dalam melaksanakan ibadah sunnah. Pergi masjid tetapi tidak menunaikan solat sblum duduk ( tahayatul masjid). Mnjadikan masjid sebagai tmpat persinggahan, shorcut seperti tmpat meletak kereta, tumpang tandas dll. Ini tanda akhir kiamat.

So selepas ini beringat klu lalu masjid pastikan kita menghormati masjid, solat sunat atau fardhu di masjid. Marilah bersama beringat kiamat sudah dekat.

Saturday, December 21, 2013

Buku-buku ini telah menjadi menjadi bahan bacaan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam ketika usia beliau 8 tahun. In sha Allah Hana akan usaha untuk mendapatkan buku ini untuk bacaan sendiri dan anak2 akan datang.

Saya sedut gambar dan tulisan ini daripada fb Nur Azlina with Ahmad Ammar and 3 others

Inilah bahan2 bacaan yg telah saya sebutkan dalam sesi2 perkongsian berkaitan buku bersiri yg telah dibelikan untuk anakanda Ahmad Ammar pada usia sekitar 8-9 tahun. Mudah2an dapat dimanfaatkan.

SIRI TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM
Terbitan : Dewan Bahasa & Pustaka
Penterjemah: 
Siri 1-20 : Abdul Karim Mustafa (Terbitan 1998)
Siri 21-33 : Mohd Fakhrudin Abd Mukti &
Mohd Fauzi Jumingan(Terbitan 2002)

1. Ibnu’N-Nafis (Penemu Sistem Peredaran Darah)
2. Ibnu’l Haitham (Pakar Optometris)
3. Al-Biruni (Ahli Geologi & Astronomi)
4. Jabir bin Hayyan (Ahli Kimia)
5. Ibnu’l-Baitar (Ahli Botani)
6. Ibn Battutah (Pengembara Islam)
7. Ibn Sina (Pakar Perubatan)
8. Al-Farabi (Ahli Falsafah Islam)
9. Al-Khawarizmi (Ahli Matematik)
10. Al-Idrisi (Ahli Geografi)
11. Ad-Dumairi (Pakar Haiwan)
12. Ibn Rusyd (Ahli Falsafah)
13. Ibn Majid (Pelaya “Singa Laut”)
14. Al-Qazwini (Ahli Geologi)
15. Ibn Yunus (Ahli Kaji Cuaca)
16. Al-Khazin (Ahli Fizik)
17. Al-Jahiz (Pakar Haiwan)
18. Ibn Khaldun (Ahli Sosiologi)
19. Az-Zahrawi (tiada dalam simpanan)
20. Al-Antaki (Ahli Farmasi)
21. Ibnu’l Awwam (Tokoh Pertanian)
22. At-Tusi (Pengasas Ilmu Trigonometri)
23. Al-Kashi (Perintis Ilmu Pecahan)
24. Al-Wazzan (Penulis Ensaiklopedia Afrika)
25. Ibnu’r-Razzaz (Tokoh Kejuruteraan Arab)
26. Taqiyyuddin (Tokoh Teknologi Kejuruteraan)
27. Ar-Razi (Perintis Perubatan Moden)
28. Al-Kindi (Tokoh Muzik Arab)
29. Al-Khalil (Tokoh Perkamusan Arab)
30. Ibn Hamzah (Perintis Ilmu Logaritma)
31. Az-Zarnuji (Tokoh Pendidikan & Pedagogi)
32. Yuhana bin Masawayh (Pakar Batu Permata)
33. Yaqut Al-Hamawi (Tokoh Ensaiklopedia Geografi)

Monday, November 18, 2013

Merokok Haram ke??

Thursday, October 24, 2013

Anda mungkin SLE??

RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.
oleh:Dr Zubaidi Hj Ahmad


Aku juga antara pesakit SLE. Alhamdulillah dapat kesan awal. Tapi masih dalam tempoh beringat. It can be anytime.

Lanjutan SLE

 

Wednesday, October 16, 2013

CARA MENGGUNAKAN CUKA KURMA DAN EPAL

Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.

Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid (CH3COOH) dan air.
cuka kurma


Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol dan karbon dioksida.

Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.

Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.

Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia boleh digunakan sebagai bahan perapan daging, supaya daging menjadi tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga membuatkan daging menjadi lebih lembut dan sedap apabila dimasak.

Sebelum wujudnya perubatan moden, cuka asli yang dibuat dari buah kurma dan epal digunakan sebagai ubat-ubatan.
Cuka Epal cap Heinz RM6.90 botol kecil



Oleh kerana belum ada kajian yang saintifik, maka pesakit gastrik haruslah berhati-hati menggunakannya. Ini disebabkan pengeluar cuka kurma dan epal tidak menetapkan standard pH dalam produk mereka dan kandungan alkohol dalam produk mereka.


Saya mencadangkan penggunaan seperti berikut:

Campurkan 1-2 suduteh cuka kurma atau epal dalam segelas air suam (bagi mengurangkan kepekatan asid cuka). Ia boleh diminum dengan menambahkan satu sudu madu asli ke dalam air tersebut. Boleh diambil waktu pagi dan malam.


Ia tidak sesuai untuk semua orang. Mereka yang mengalami penyakit gastrik dan diabetes harus berhati-hati. Jika mengalami kesan perut kembung atau lemah badan, segeralah berjumpa doktor bagi pemeriksaan selanjutnya.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”

Wa allahu a’lam. 
Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT

KAWAL KOLESTROL SECARA SEMULAJADI TANPA UBAT 

Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrol dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.

Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus. 

2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya. 

3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari. 

4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor. 
Oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad
------------------------------------------------------------------------------
Hana suka baca tips yang dikongsi oleh Dr Zubaidi. Dan tujuan copy ke blog ni adalah rujukan utk Hana sendiri. Mungkin ianya bermanfaat utk pembaca yg lain juga.

Monday, September 23, 2013

Sempena Update IOS7


Tuesday, September 17, 2013

Panduan utk mereka yang berTTC

MAKANAN UNTUK SUBUR DAN LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU,
Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.


Oleh: Dr Hamid Arshat

Friday, September 13, 2013

Figure Up ada Sibutramine



 
Aku discovery ubat pelangsing yg glamour dijual secara berleluasa tu telah pun diharamkan oleh Kerajaan Brunei Darul salam. Benda ni pun aku dapat tau dari Blog Dr Zabidi. Aku tak pasti di Malaysia ianya disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Sebab aku x pernah cuba.

Wednesday, September 4, 2013

Beribu-ribu taniyya..

Walaupun pendapat kita tidak di ambil kira bila harga petrol naik 20sen. Sebab bukan bidang kuasa kita..  Maka suka hati akula nak share video ni..

 
Haha klakar.. Sebagai penyembuh luka akibat terkesan harga petrol naik.
 
Beribu-ribu taniyyyaaaa!!
 

Tuesday, September 3, 2013

Walaupun 20 sen

Berkongsi kisah yg makcik sy kongsikan di pagi hari..

Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...
Inilah nilai duit 20 sen yg menteri kita kata itu pun nk bising. ..20 sen jer pun...

Saturday, August 24, 2013

Lemang daun lerek

Mlm td tdo gombak kt rmh adik aku.. Td nk blk tgok tepi jln ada jual lemang.. Berape syawal dah arini?? Aku pun lupa da.. 
Sesiapa yg nk cari lemang blh usha kt gombak depan station bus Greenwood.
Aku pun x singgah bli pasal x teringin plak.. Hehe

Yang mnarik dia tulis  lemang guna daun lerek.. 1st time dengar.. Gombak ni rmai indonesia suku minang.. Org minang mungkin tau kot..

Thursday, August 22, 2013

Perkongsian menarik untuk BEBAS HUTANG

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai

shared via Islam Agama Ku

Tuesday, August 20, 2013

Mencari-cari Collagen terbaik

Aku pun antara ribuan or jutawan wanita di Malaysia yang mencari collagen.

Persoalan nya collagen manakah yg terbaik??

Lama jugak aku survey.. Frankly speaking aku x percaya collagen yg murah 2 ni. Pastu tayang gambar ko muka mulus bagai. Tu semua penipu. Kalau x tipu pun nak makan bape lama x mungkin sebulan dua..huhu

Dulu kat tvalhijrah time slot Assalamualaikum, ada satu ustaz tu jual collagen aku lupa dah nama nya ape. harga dia dalam rm200 lebih kurang la. Ada testimony. Aku percaya la jugak tapi x tau berape kuantiti dia.

Aku skang amik collagen Shaklee harga dia mmg mahal. Aku beli time promo dapat rm210 kalau x silap. Dalam dia ada 15 sachet je. Kalau ikutkan utk dapat kesan terbaik selepas 8 minggu. Giler aku nak spend kat situ rm 400 lebih sbulan. So aku makan selang sehari so cukupla sebulan. Tapi pas seminggu kesan dia da rasa kulit aku lembut dan moist. Pakai bedak pun senang lekat. Tapi muka aku biasa la mmg xde masalah jerawat. Skang baru makan dua kotak kawan2 ofis smua cakap muka aku bersih.. aku rasa biasa je.. Itu aku makan selang sehari. Dah habis 2 kotak x beli lagi knon2 kot termengandung ke.. tapi smlm check hampeh negative. Rugi lagi duit beli tester.. hehe belum ada rezeki lg.


ni aku curi kat google
Sebab dah habis aku nk cari collagen lain kot ada yg murah. Aku ada follow instagram Ayu raudhah dia jadi duta amaryllis premium collagen. Harga dia aku search dlm rm50 utk 10 hari.. Kira2 dalam rm150 sebulan. Aku tengah pertimbangkan nak maintain Shaklee or try yg ni..


 
Tapi collagen ni dari ikan yu. Shaklee collagen dari ikan merah (red sniper). Collagen sisik ikan merah lagi tinggi sebab dia duk laut dalam..pasal ni korang boleh google. Kalau rajin nnti aku try buat table perbandingan.
 
 


 

Suka sangat dengar qasidah

Aku dari kecik mmg suka qasidah marhaban dan berzanji. Tapi sejak duk bandar susah nk join aktiviti mcm ni. Suka dgn qasidah ni sangt menebal sbb mungkin ktrunan kot..

Since tv alhijrah wujud aku adalah peminat setianya. Xde astro pun xpe. Namun chanel oasis masih lg mnjadi pilihan aku time maghrib. Dengar zikir waktu2 sblum solat. Berbalik pd tv alhijrah yg selalu menyajikan program agama dan popular dgn cinta masjid dan KL BERSELAWAT. So bila time program ni aku akn menfaatkn decoder pvr aku utk record qasidah ni.

Namun aku sangat suka alunan qasidah adik2 ASIQ. Mgkn sbb suara kanak2 tu terutama ketika mbawa qasidah yahana na dan salamun salam. Ketika ini la Yahana na mnjadi fenomena. Sehinggakn aku mncari qasidah adik ASIQ. 

Sangat berharap kalu adik2 ASIQ tu boleh keluarkn dvd.. Hehe

Namun sbg peneman setiaku aku bli vcd n cd Habib Syech Assagoff. Aku jumpa kat Larkin Sentral. Asyik tgok kat youtube sound x best. Lagipun bli yg original support industri ni.. 

Monday, August 12, 2013

Selawat Adnan

Kemarin tengok rancangan 30 min Ustaz Don Mai Lah Raya bersiaran dari Sekolah Henry Gurney Teluk Mas, Melaka.

Apa yang menarik ustaz don berpesan agar kita sentiasa besarkan selawat ke atas junjungan kasih Nabi Muhammad S.A.W. Kelebihan selawat ramai yg mengetahuinya iaitu agar kita mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.

Jelas beliau lagi, jika kita berselawat sekali, Allah akan berselawat pada kita 10x. Betapa hebat dan besarnya fadhilat selawat ni.

Namun pelbagai jenis selawat qasidah memuji nabi sejak dari zaman tok nenek kita lagi. Namun selawat Adnani ada kelebihan tersendiri jika kita hayati maknanya. Adnan ini merujuk kepada Datuk rasullullah s.a.w yang ke 20. Ujarnya lagi selawat adnan ni kurang diperdengarkan pada zaman kini. Ianya dulu popular pada zaman atuk nenek kita di kampong ketika berzanji dan majlis 2 tertentu. Masyarakat atau anak2 harini lebih popular dengan qasidah Yahana na.

Namun pelajar2 di Henry Gurney boleh menyambung selawat Adnan ini sehingga habis ketika Ustaz Don mengalunkannya. Beliau sungguh berbangga kerana pelajar2 ini didedahkan dengan selawat ini.

p/s: Alhamdulillah saya pun biasa dengar dan boleh hafal lagi. :)

Mari kita hayati makna selawat Adnan

SELAWAT ADNANIYYAH

(BANI ADNAN)


صلى عليك الله يا عدنان

Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)

يا مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih


الحمد لله الذي أعطاني 
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku 


هذا الغلام الطيب الأردان 
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya


قد ساد فى المهد على الغلمان 
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain 


أعيذه بالبيت ذي الأركان 
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan (melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)


حتى أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat 


أنت الذي سمية في القرآن 
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran


أحمد مكتوب على الجنان 
Ahmad yang tertulis di langit


صلى عليك الله في الأحيان 
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan 


أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)


حقا على الإسلام والإيمان 
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman 


يا ربنا بالمصطفى العدنان 
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan 


اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini Ya Allah


sumber
 

I"m back!

Lama dah tidak menulis.. so aku decide balik untuk menulis di sini sebagai rujukan aku.

So semalam aku dapat a few thing ketika menonton tv al hijrah.

1. Kalimah La ilaha Illallah  boleh dituturkan tanpa menggerakkan bibir kita. Ini kerana supaya ianya mudah dituturkan oleh sesiapa pun terutama bagi mereka yang sedang sakit hatta yang sedang nazak sekali pun. SubhanaAllah begitu hebat kuasa Allah.

Hadis Nabi saw : " Barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah La ilaha Illallah diakhir kalam maka wajib syurga baginya"

Mari kita cuba tuturkan tanpa mengerakkan bibir..

Selamat Mencuba!